Tuesday, June 19, 2012

Awas Susu bayi dicemari Merkuri

Merkuri atau raksa dalam bahasa Yunani disebut Hydrargyrum yang berarti cairan perak. Merkuri ini biasa dilambangkan dengan Hg, sesuai dengan nama Hydrargyrum.
KUALA LUMPUR: Susu rumusan bayi keluaran syarikat Inner Mongolia Yili Industrial Group Co dari China yang dikesan tercemar dengan merkuri tidak diimport ke negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. Beliau berkata ini disahkan melalui data import dari tahun 2010 sehingga kini yang diperoleh melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM). Kedutaan China di Malaysia juga telah mengesahkan bahawa susu rumusan bayi itu tidak dieksport ke Malaysia, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Hasan berkata sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian mengenakan tindakan "Pemeriksaan Tahap Lima Tahan Uji dan Lepas" terhadap susu keluaran syarikat berkenaan sekiranya diimport, berkuatkuasa 15 Jun. Baru-baru ini, beberapa akhbar tempatan dan luar negara melaporkan tentang hasil pemantauan The General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine (AQSIQ) yang mendapati beberapa susu rumusan bayi jenama 'Quan You' keluaran syarikat itu dikesan tercemar dengan merkuri.

Pihak syarikat Inner Mongolia Yili Industrial Group Co. juga mengesahkan bahawa produk terbabit akan ditarik balik daripada pasaran. Secara amnya, Dr Hasan berkata pendedahan kepada merkuri pada kadar yang tinggi boleh memberikan kesan kepada kesihatan iaitu mengganggu sistem saraf dan buah pinggang. Seksyen 13, Akta Makanan 1983 memperuntuk mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan, dianggap melakukan kesalahan, katanya. Beliau berkata jika disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya.

"Pengguna tidak perlu khuatir kerana kementerian sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin. "Sekiranya berasa ragu-ragu dengan status keselamatan susu rumusan bayi di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan kepada kementerian melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat," katanya. Selain itu, pengguna juga boleh membuat laporan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://fsq.moh.gov.my/v3. - BERNAMA
merkuri
Rupabentuk Merkuri seperti dalam filem Terminator
merkuri digunakan dalam penyukat suhu
Merkuri digunakan dalam penyukat suhu
Kesan akut keracunan merkuri :
Pendedahan pengwapan merkuri diudara yang terlalu banyakboleh mengakibatkan keracunan akut .

Gejalanya termasuklah batuk , sesak dada , sukar bernafas dan rengsaperut , ia juga boleh mengakibatkan KEMATIAN .

Kesan kronik keracunan merkuri : Pendedahan apa juga bentuk merkuri yang berulang-ulang boleh menimbulkan gejala seperti berikut :
a)Masalah gusi
b)Perubahan mood dan mental
c)Sistem saraf pusat

Antara kesan-kesan keracunan merkurikepada manusia :

a)Menyebabkan kecacatan pada saraf pusat.
b)Kecacatan berterusan.
c)Mengakibatkan kematian.

Waspada dan sentiasa peka kepada kesihatan keluarga anda.

Sunday, May 13, 2012

Bahaya air minum kepada bayi

Air sememangnya sangat penting kepada kelangsungan hidup manusia. Dalam konteks kesihatan badan manusia dewasa,seseorang perlu mengambil 8 gelas air (masak) sehari. Walaubagaimanapun pemberian air kepada bayi ada bahayanya.  

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Sebelum itu baca ini Khasiat Susu Ibu Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka.

Antara sebab desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air dan sebagainya. Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dan yang menyusu formula(makanan tambahan tin).

Diharapkan maklumat ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air(masak) tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah. Antara keburukan yang dikenalpasti adalah:
01.Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

02.Merencatkan Akal

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

03.Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

04.Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu, beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

Tuesday, April 24, 2012

Kurangkan Pengambilan Garam

Keburukan  Garam

Apa itu Garam?
Garam adalah bahan yang memberi rasa masin. Makanan kurang masin, ada yang mengamuk! Ia boleh didapati dalam berntuk garam kasar dan halus yang ditambah pada makanan (atau minuman) dan ada juga yang ditambahkan tersembunyi seperti dalam sos, kicap, taucu,mayonis, keju, ikan masin serta serbuk kiub perisa.

Kenapa kita perlukan garam?
Garam diperlukan oleh badan manusia untuk:

  • Mengawal keseimbangan cecair badan
  • Fungsi otot dan saraf yang sempurna
  • Membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal

(Ingat pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah bagi mereka yang berisiko.)

Berapa banyak garam yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

Cadangan pakar-pakar kesihatan.

Kita hanya perlu mengambil garam kurang daripada 6 gram (1 sudu teh) dalam sehari termasuk garam tersembunyi.

Bagaimana mengawal penmgambilan garam.

  • Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah ratus dalam masakan.
  • Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan, kicap dan taucu dalam  masakan dan juga makanan yang lain.
  • Kurangkan pengambilan pemakanan yang diproses seperti makanan dalam tin,sosej, burger dan makanan segera.
  • Kurangkan penggunan mayonis dan keju dalam menyedapkan makanan kita seharian.
  • Kurangkan makanan ringan seperti keropok dan jenis kekacang yang mengandungi garam sebagai penambah keenakan.
  • Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin,belacan,cencalok,telur masin,jeruk buah-buahan dan sayuran.
  • Jadi pengguna yang bijak dengan membaca label pada makanan sebelum membelinya.
  • Elakkan membeli makanan yang mengandungi banyak natrium klorida dan momosodium gultamate (MSG)
  • Disiplinkan diri dan anak-anak supaya menghadkan pengambilan garam kurang dari 6 gram sehari.


Panduan memilih makanan yang kurang garam semasa makan di luar.

  • Pesan makanan yang dikurangkan garam atau MSG
  • Elakkan makanan berkuah seperti mi segera,mi bandung, soto dan seumpamanya.
  • Elakkan masakan tumis bersama ikan masin contohnya nasi kampung ikan masin atau sayur goreng ikan masin atau makanan dalam tin.
  • Pilih nasi putih berbanding nasi beriyani,nasi tomato atau nasi goreng.

Untuk yang masak dan makan di rumah, setelah membaca artikel ini lu pikir la sendiri.

Garam yang berlebihan dalam badan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

Makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi.

Agen perisa sos:

Kicap,sos tomato,sos tiram,taucu =1000-5000 mili gram

Stok kiub sayuran atau daging: >3000 mg (1 kiub =700mg)

Kuah untuk salad:
Mayonis = >1000mg

Makanan dalam tin: 500-1500mg

Makaan diawet:

Telur masin = 500mg
Ikan Masin = 1500mg
Jeruk buah = >1000mg
Belacan = 1400mg
Cencaluk = 4000mg
Punca Garam Tersembunyi Perencah makanan yang selalu dibeli

Punca Garam Sos, Mayonis


Anda mungkin selalu mengadu atau lebih teruk menghamburkan kata-kata kesat jika lauk-pauk kurang masin apabila anda makan di restoran atau dimasak isteri, sekarang anda tahu risikonya dan anda mungkin berterima kasih kepada si tukang masak.

Friday, March 23, 2012

Awas gigitan serangga Tomcat

Baru-baru ini hebh di Indonesia pasal gigitan serangga merbahaya. Serangga itu dikenali sebagai Tomcat. Gigitannya sangat berbisa kerana racun nya bisa membuat kulit kelihatan melecur atau melepuh.
Boleh jadi serangga ini juga terdapat di Malaysia atau mana-mana negara Asia tenggara kerana iklim kita adalah sama, dan juga penyebaran melalui pengimportan barangan separti balak atau hasil hutan.
Gambar serangga beracun TOMCAT
Serangga Tomcat,Gigitan Serangga Tomcat,Serangga Beracun,kumbang Paederus,kumbang Rove
Serangga Tomcat dan kesan gigitannya

Serangga Tomcat,Gigitan Serangga Tomcat,Serangga Beracun,kumbang Paederus,kumbang Rove
Serangga Tomcat yang merbahaya

Berita mengenai wabah serangga Tomcat atau kumbang Rove atau kumbang Paederus beberapa waktu yang lalu menyeruak, seperti dikutip dari Vivanews. Linimasa Twitter pun ramai memperbincangkan wabah yang menyerang di Surabaya ini.
Kepada pekebun atau mereka dalam bidang pertanian yang mempunyai risiko besar sila berhati-hati dan sebarkan berita ini.
Berita dari Indonesia:
Nama Hewan ini adalah KUMBANG ROVE. Kumbang Rove atau lebih dikenali juga dengan nama daerah Semut Semai, Semut Kayap atau Charlie. Kumbang ini mempunyai ukuran kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning gelap di bagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras.

Biasanya, kumbang ini kelihatan merangkak di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan dalam sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikkan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kala jengking untuk menakutkan musuh Yang Menyebabkan Reaksi Kulit Kumbang ini tidak menyengat atau menggigit. Cairan hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi racun sentuhan hewan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘aederin’: (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953.

Cairan ini disinyalir 12x lebih mematikan dari bisa ular kobra. Tomcat otomatis akan mengeluarkan cairan apabila terjadi sentuhan atau benturan dengan kulit manusia secara langsung. Bisa juga dengan sentuhan tidak langsung melalui handuk, baju atau alat lain yang tercemar oleh racun tomcat tersebut. Itu sebabnya, jika sudah terkena dermatitis otomatis seperti seprei dan uba rampe-nya, handuk maupun alat-alat yang disinyalir terkena racun tomcat harus dibersihkan.

Bersentuhan dengan kumbang ini saat merayap atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘:dermatitis linearis’:, ‘aederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’:.

Jika ruam terjadi setelah terjadi kontak dengan kumbang ini:

1. Jika anda bersentuhan dengan kumbang ini, segera cuci bagian yang terkena dengan sabun dan air.

2. Mereka yang mengalami reaksi kulit yang parah hendaklah mendapat perawatan medis.

3. Bagi penderita yg mengalami perbanyakan ruam, pastikan tiada lagi serangga ini di tempat tidur dan tutup semua jendela ketika menjelang malam.

4. Bahan antiseptik seperti larutan potassium permanganate (KMnO4) boleh digunakan untuk mencuci.

5. Bahan antiseptik dicampur dengan krim steroid dengan kekuatan rendah dapat mengurangi luka yg telah pecah.

6. Terakhir,jangan sampai luka yg masih basah terkena sinar matahari,karena dapat menyyebabkan bekas hitam yang sulit dihilangkan.

Untuk pengobatannya, gunakan saja Salep Acyclovir 5% yang bisa didapatkan di Toko Obat / Apotek terdekat. Pasalnya karena dianggap sama dengan dompo tak jarang yang diobati dengan obat antivirus baik topikal maupun oral. Penggunaan obat tradisional semacam daun bobokan atau lidah buaya juga kurang dianjurkan.
Pasalnya, bisa saja malah menyebabkan alergi. ”:Sebab seharusnya diobati dengan obat anti radang dan apapun jenis herpesnya sebaiknya konsultasikan dengan dokter sesegera mungkin