Wednesday, August 4, 2010

Denggi

Denggi. Penyakit Demam panas bawaan Nyamuk Aedes.

Apa itu denggi atau demam denggi?

Demam denggi adalaah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Tiada ubat khusus yang dapat merawat demam denggi kecuali mengamalkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan sahaja.

Tanda-Tanda Demam Denggi

  • Demam kuat secara mengejut dan berterusan.
  • Ruam merah pada kulit.
  • Sakit keruk pada tulang, otot, sendi biji mata dan kepala.
  • Hilang selera makan.
  • Muntah-muntah.
  • Sakit perut.
  • Pendarahan pada badan, hidung dan mulut.
Jika ada tanda-tanda seperti disenaraikan di atas sila berjumpa doktor segera. Jangan berlengah lagi dengan pelbagai alasan.

Tabiat Nyamuk Aedes.

Untuk mencegah penyakit denggi ini, kita haruslah mengenal pasti apakah tabiat nyamuk aedes.

  • Aedes dapat dikenalpasti dengan berbelang hitam putih pada kakinya.
  • Aedes akan mengigit paada waktu pagi dan senja.
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung.
  • Aedes membiak di dalam air bertakung di dalam dan di luar rumah.
  • Kitaraan hidup aedes adalah dari telur, jentik-jentik, kepompong hingga nyamuk dewasa dalam satu minggu sahaja.
Kawalan dan pencegahan

Strategi A

Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes.
  • Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur.
  • Salin air basuh sehingga bersih pada pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali.
  • Bersih saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung.
  • Pastikan tempat bertakung air seperti tayar buruk, kaca, tin kosong, tempurung kelapa dibuang untuk mengelak menjadi tempat nyamuk aedes membiak.
  • Tanam semua bekas atau barang yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya.
  • Masukkan ubat pembunuh nyamuk jentik-jentik seperti ABATE mengikut sukatan yang ditetapkan. Misalnya 10gm untuk 20 gelen air, tiga bulan sekali.
Strategi B

Hapuskan Nyamuk Dewasa

  • Gunakan racun serangga (aerosal) di rumah
  • Pasang jaring nyamuk pada tingkap
  • Semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa
Dengan maklumat di atas diharap orang ramai dapat menjaga kesihatan dan persekitaran sendiri demi kehidupan yang riang.

Carta Denggi


    Kempen Hapuskan Aedes

    No comments:

    Post a Comment