Friday, November 4, 2011

Khasiat Susu Ibu

Khasiat Susu Ibu memang terbukti banyak khasiat dan terbaik dari segala susu buatan kilang.

>Khasiat Susu Ibu
Fliers: Khasiat Susu Ibu

Kalau tak jelas meh saya tuliskan:

  • susu ibu mengandungi 88 peratus air
  • bayi akan mendapat cukup air setiap kali menyusu
  • mengandungi nutrien yang cukup untuk bayi sehingga 6 bulan
  • mudah dihadam oleh bayi
  • boleh menghilangkan panas dan dahaga bayi
Gambar berikut pula dikatakan benar-benar terjadi di Kemboja, yang mana ibu budak itu berhijrah ke Thailand untuk mencari nafkah.

So budak tersebut terpaksa menumpang susu lembu.
Kemboja: Budak menyusu lembu

Kes Aedes Denggi meningkat

Nyamuk aedes menyebabkan demam malaria yang membawa maut. Nampaknya nyamuk bersenang-lenang dan beranak-pinak disebabkan oleh kesalahan manusia sendiri.

Nyamuk biasanya menetas dalam masa 7 hari, so anda sepatutnya membuang air yang bertakung sekurang-kurangnya sekali dalam kiraan 7 hari.

Jika masyarakat mempunyai kesedaran tentang bahaya malaria,maka sepatutnya sedar akan asal-usul nyamuk ini membiak.


Di rumah saya sendiri terdapat banyak tempat yang mana nyamuk boleh membiak misalnya longkang,pasu bunga,air tadahan hujan,bangunan kosong,kawasan sampah dan sebagainya.
Projek pembangunan yang tidak terancang dan juga setinggan menyumbang kepada pembiakan nyamuk.

Bak kata pepatah sudah terhantuk baru tergadah.

Menurut kementerian kesihatan sebanyak 407 kes demam denggi dilaporkan yang menunjukkan ada peningkatan dari tahun lepas.

Dikatakan bahawa Universiti Malaya (UM) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras adalah kawasan yang dikenalpasti terbanyak kes denggi tahun ini.
Aedes Denggi Malaria
uiikkss..dah kenyang bayar la

Aedes Denggi Malaria
Jentik-jentik yang sangat comel

Aedes Denggi Malaria
Gambar Hiasan: Bahana Denggi


Perangkaan ini tidak bermakna bahawa tidak ada denggi dikawasan lain,namun keterbatasan infrastruktur mungkin menyumbang kepada halangan kajian secara menyeluruh.

Namun secara amnya kawasn metropolitan adalah yang menyumbang kepada perkembangan nyamuk tidak kira denggi atau nyamuk biasa.

Walaupun hutan atau belukar mempunyai banyak nyamuk tetapi tidak banyak yang dilaporkan sebagai denggi.

Cara Pencegahan

Kempen Hapuskan Aedes

Tuesday, August 9, 2011

Merenung buah dada amalan sihat

Tajuk ini bukan sekadar gimmik atau menggahirakan kepada sesiapa saja tetapi satu kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa merenung payudara wanita disahkan dapat menghindarkan penyakit jantung, dan mengurangkan tekanan darah(tekanan darah rendah).
Five-hundred men participated in the German study. Half were told to refrain from looking at breasts for five years, the other half were told to ogle them daily.

The study found the men who stared at breasts more often showed lower rates of heart problems, a lower resting heart rate and lower blood pressure.

saksikan Betik Muda

Sunday, June 5, 2011

Larangan Merokok

MELAKA: Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

"Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Liow berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.

Beliau berkata, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan adalah serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mewartakan 21 tempat yang dilarang merokok seperti hospital, dalam kenderaan awam, institusi pendidikan, kompleks beli belah dan stadium, katanya.

Beliau berkata, tahun ini, kementeriannya melancarkan "perang" terhadap penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetes, serangan jantung dan pelbagai jenis kanser, dimana tabiat merokok adalah faktor penting menyumbang kepada penyakit tersebut.
Katanya, pelaksanaan zon bebas asap rokok itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka yang inginkan udara yang segar tanpa asap rokok.

Mengulas nilai kompaun terhadap kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Liow berkata, antara Januari dan April tahun ini, nilai kompaun yang dikeluarkan ialah hampir RM1 juta dan daripada jumlah itu, sebanyak RM756,988 telah dibayar. - BERNAMA

Saya mengharapkan agar larangan seperti ini diikuti oleh semua negeri-negeri di Malaysia, demi memelihara kesihatan masyarakat Malaysia itu sendiri. Telah terbukti bahawa rokok sememangnya membawa pelbagai penyakit kronik dan juga membawa maut.

Agak mengecewakan bahawa menurut artikel ini Larangan Merokok sudah semakin longgar.

Friday, June 3, 2011

Virus baru E.coli kebal antibiotik

Virus baru E.coli kebal antibiotik.

Hari demi hari pelbagai virus dan bakteria yang muncul dan sukar untuk mencari penawarnya dengan kadar segera. Beberapa tahun lepas kita dikejutkan dengan kematian disebabkan virus seperti JE,Virus Nipah,SARS,H1N1 dan banyak lagi. Ini belum termasuk virus yang berlaku hanya dalam sesebuah negara misalnya Virus Ebola (Virus Kongo).

Mengapa virus-virus ini sangat merbahaya dan membawa maut? Kerana penyakit bawaan virus ini tidak dapat disembuhkan dan hanya boleh dikurangkan kesakitannya sementara.


Disamping itu terdapat juga virus-virus yang biasa namun masih merbahaya kerana sukar diubati dan membawa kematian misalnya HIV, Hepatisis B, Radang Otak dan sebagainya.

Kenapa virus ini boleh membunuh? Kerana sifat mutasinya yang luar biasa sehinggakan tidak dapat dilawan (kekebalan) oleh antibiotik yang sedia ada.

Berbalik kepada virus E.coli tadi, ia bermula di negara Eropah iaitu Jerman. Dikhuatiri bahawa virus ini berpunca daripada sayur-sayuran yang dijangkiti seperti timun,tomato dan salad mentah.

Tanda-tanda terkena virus ini adalah seperti cirit-birit berdarah,kerosakan ginjal dan jangkitan dalam darah.

Pihak WHO (Pertubuhan kesihatan sedunia) sedang giat menjalankan kajian lanjut terhadap virus ini dan mencipta penawarnya.

Dinasihatkan kepada sesiapa yang mengunjungi negara Eropah supaya berhati-hati.

Thursday, February 10, 2011

Bayi dan erti tangisan

Bayi dan erti tangisan
Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.
Tangisan Bayi ada maksud tersendiri

Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.

2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.

Bayi Menangis


Baby Ketawa Terlampau

Bawah ni pula baby ketawa terlampau :) mungkin dia over excited diusik bapanya

Tuesday, January 4, 2011

Penyakit Pembunuh di Malaysia

Penyakit-penyakit yang menjadi pembunuh keanyakan orang Malaysia.
  • Kencing Manis
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada Barisan Nasional akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lepas. Penamaan calon ialah pada 22 Januari.
  • Sakit Jantung
KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.
Tahun 2009
41,486 kes dengan 88 kematian
Tahun 2010
46,171 kes dengan 134 kematian
Negeri tertinggi kes adalah Kelantan,Johor,P.Pinang,Sarawak,Melaka




Nota: Artikel ini akan cuba ditambah dari semasa ke semasa