Wednesday, August 11, 2010

Berhenti Merokok

Bebaskan diri anda dari cengkaman Rokok! Tanpa rokok pekerja lebih sihat.


Sebatang rokok (asap) mengandungi beratus kandungan kimia merbahaya dan hanya beberapa saja yang dikenalpasti.

Kandungan dalam suatu asap rokok.
Kesan asap rokok pasif

Apa itu asap rokok Pasif?

Gabungan asap rokok aliran sisi dari bahagian yang menyala dan asaap rokok aliran utama yang di hembus keluar perokok.

Siapakah perokok pasif?

Mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu (kajian dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia- WHO)

perokok pasif mempunyai risiko iaitu:
  • 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru
  • 25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung
Perokok pasif berisiko mendapat risiko-risko negatif seperti:
  • batuk-batuk
  • pedih mata
  • loya
  • pening kepala
Ini semua menjejaskan kesihatan dan prestasi kerja anda. Oleh itu hindarilah diri daripada asap rokok atau jauhkan diri anda daripada orang yang merokok. Suarakan hak anda untuk menikmati udara bebas daripada asap rokok.

Sebab-sebab anda perlu berhenti merokok:
  • Menghindari racun dalam asap rokok
  • Menurunkan risiko mencegah penyakit
  • Memulihkan kesuburan
  • Memulihkan masalah mati pucuk
  • Memulihkan stamina yang terjejas
  • Meningkatkan deria rasa dan bau
  • Meningkatkan kecerdasan
  • Kulit lebih sihat
  • Nafas yang segar
  • gigi yang lebih putih
  • Melindungi orang lain terutama yang tersayang
  • Menjimatkan wang
  • Suasana tempat kerja dan rumah yang selesa kerana bebas dari asap rokok
Perubahan yang berlaku apabila anda berhenti merokok selepas...
  • 2 jam - sistem pendarahan darah mulai bebas daripada nikotin
  • 6 jam - nadi menjadi perlahan ke paras normal. Tekanan darah akan menurun
  • 24 jam - gas beracun (karbon monoksida) lenyap dari tubuh. Lebih banyak diserap oleh sel tubuh.
  • 2 hari - seria rasa seperti lidah dan deria bau bertambah baik
  • beberapa minggu - silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan kotoran seperti habuk akan pulih
  • 2 bulan - peredaran darah ke seluruh badan, jejari tangan dan kaki lebih efisyen.
  • 3 bulan - menjadi lebih subur
  • 5 tahun - risiko mendapat serangan jantung berkurangan hampir 50% berbanding serorag perokok
  • 10 tahun - risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan hampir 50% berbanding seorang perokok, sementara itu mendapat serangan jantung adalah seperti seorang yang tidak pernah merokok.
  • 15 hingga 20 tahun - risiko mandapat kanser paru-paru sama seperti seseorang yang tidak merokok.
Kesan-kesan merokok

Merokok adalah tabiat buruk dan akan menyebabkan ketagihan. Asap rokok dikaitkan sengan 40 jenis penyakit serius antaranya:
  • Penyakit jantung
  • Kanser
  • Tekanan darah tinggi
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Angin Ahmar (strok)
  • Penyakit gigi dan gusi
  • Penyakit mata
  • Ulser perut
  • Osteoprosis
  • Arteriosclerosos (penyempitan saluran darah)
Cara-cara berhenti merokok
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
  • Tumpukan pada hari ini
  • Gunakan terapi gantian nikotin (NRT)
  • Menarik nafas panjang
  • Mengunyah sesuatu
  • Meditasi
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Amalkan petua 12 M untuk berhenti merokok
  • Membuat sesuatu /  menyibukkan diri
  • Mandi dengan kerap
  • Memohon dari Tuhan
  • Bersenam
  • Minum banyak air
  • Mengelak sesuatu yang mendorong anda dari merokok
Last but not least Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih!

Usahakan dan selamat berhenti merokok

Wednesday, August 4, 2010

Denggi

Denggi. Penyakit Demam panas bawaan Nyamuk Aedes.

Apa itu denggi atau demam denggi?

Demam denggi adalaah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Tiada ubat khusus yang dapat merawat demam denggi kecuali mengamalkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan sahaja.

Tanda-Tanda Demam Denggi

  • Demam kuat secara mengejut dan berterusan.
  • Ruam merah pada kulit.
  • Sakit keruk pada tulang, otot, sendi biji mata dan kepala.
  • Hilang selera makan.
  • Muntah-muntah.
  • Sakit perut.
  • Pendarahan pada badan, hidung dan mulut.
Jika ada tanda-tanda seperti disenaraikan di atas sila berjumpa doktor segera. Jangan berlengah lagi dengan pelbagai alasan.

Tabiat Nyamuk Aedes.

Untuk mencegah penyakit denggi ini, kita haruslah mengenal pasti apakah tabiat nyamuk aedes.

  • Aedes dapat dikenalpasti dengan berbelang hitam putih pada kakinya.
  • Aedes akan mengigit paada waktu pagi dan senja.
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung.
  • Aedes membiak di dalam air bertakung di dalam dan di luar rumah.
  • Kitaraan hidup aedes adalah dari telur, jentik-jentik, kepompong hingga nyamuk dewasa dalam satu minggu sahaja.
Kawalan dan pencegahan

Strategi A

Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes.
  • Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur.
  • Salin air basuh sehingga bersih pada pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali.
  • Bersih saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung.
  • Pastikan tempat bertakung air seperti tayar buruk, kaca, tin kosong, tempurung kelapa dibuang untuk mengelak menjadi tempat nyamuk aedes membiak.
  • Tanam semua bekas atau barang yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya.
  • Masukkan ubat pembunuh nyamuk jentik-jentik seperti ABATE mengikut sukatan yang ditetapkan. Misalnya 10gm untuk 20 gelen air, tiga bulan sekali.
Strategi B

Hapuskan Nyamuk Dewasa

  • Gunakan racun serangga (aerosal) di rumah
  • Pasang jaring nyamuk pada tingkap
  • Semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa
Dengan maklumat di atas diharap orang ramai dapat menjaga kesihatan dan persekitaran sendiri demi kehidupan yang riang.

Carta Denggi


    Kempen Hapuskan Aedes