Tuesday, April 24, 2012

Kurangkan Pengambilan Garam

Keburukan  Garam

Apa itu Garam?
Garam adalah bahan yang memberi rasa masin. Makanan kurang masin, ada yang mengamuk! Ia boleh didapati dalam berntuk garam kasar dan halus yang ditambah pada makanan (atau minuman) dan ada juga yang ditambahkan tersembunyi seperti dalam sos, kicap, taucu,mayonis, keju, ikan masin serta serbuk kiub perisa.

Kenapa kita perlukan garam?
Garam diperlukan oleh badan manusia untuk:

  • Mengawal keseimbangan cecair badan
  • Fungsi otot dan saraf yang sempurna
  • Membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal

(Ingat pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah bagi mereka yang berisiko.)

Berapa banyak garam yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

Cadangan pakar-pakar kesihatan.

Kita hanya perlu mengambil garam kurang daripada 6 gram (1 sudu teh) dalam sehari termasuk garam tersembunyi.

Bagaimana mengawal penmgambilan garam.

  • Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah ratus dalam masakan.
  • Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan, kicap dan taucu dalam  masakan dan juga makanan yang lain.
  • Kurangkan pengambilan pemakanan yang diproses seperti makanan dalam tin,sosej, burger dan makanan segera.
  • Kurangkan penggunan mayonis dan keju dalam menyedapkan makanan kita seharian.
  • Kurangkan makanan ringan seperti keropok dan jenis kekacang yang mengandungi garam sebagai penambah keenakan.
  • Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin,belacan,cencalok,telur masin,jeruk buah-buahan dan sayuran.
  • Jadi pengguna yang bijak dengan membaca label pada makanan sebelum membelinya.
  • Elakkan membeli makanan yang mengandungi banyak natrium klorida dan momosodium gultamate (MSG)
  • Disiplinkan diri dan anak-anak supaya menghadkan pengambilan garam kurang dari 6 gram sehari.


Panduan memilih makanan yang kurang garam semasa makan di luar.

  • Pesan makanan yang dikurangkan garam atau MSG
  • Elakkan makanan berkuah seperti mi segera,mi bandung, soto dan seumpamanya.
  • Elakkan masakan tumis bersama ikan masin contohnya nasi kampung ikan masin atau sayur goreng ikan masin atau makanan dalam tin.
  • Pilih nasi putih berbanding nasi beriyani,nasi tomato atau nasi goreng.

Untuk yang masak dan makan di rumah, setelah membaca artikel ini lu pikir la sendiri.

Garam yang berlebihan dalam badan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

Makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi.

Agen perisa sos:

Kicap,sos tomato,sos tiram,taucu =1000-5000 mili gram

Stok kiub sayuran atau daging: >3000 mg (1 kiub =700mg)

Kuah untuk salad:
Mayonis = >1000mg

Makanan dalam tin: 500-1500mg

Makaan diawet:

Telur masin = 500mg
Ikan Masin = 1500mg
Jeruk buah = >1000mg
Belacan = 1400mg
Cencaluk = 4000mg
Punca Garam Tersembunyi Perencah makanan yang selalu dibeli

Punca Garam Sos, Mayonis


Anda mungkin selalu mengadu atau lebih teruk menghamburkan kata-kata kesat jika lauk-pauk kurang masin apabila anda makan di restoran atau dimasak isteri, sekarang anda tahu risikonya dan anda mungkin berterima kasih kepada si tukang masak.