Tuesday, April 23, 2013

Penyakit TIBI

Penyakit TIBI
Dapatkan Pengesanan Awal Penyakit TIBI
Apakah itu penyakit Tibi?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan sempurna. Pensakit ini disebabkan oleh kuman TIBI (Tubercle Bacillus) yang biasanya menjangkiti paru-paru.

Kuman Tibi ini juga akan menyerang bahagian-bahagian lain organ dalam badan seperti:
  • Otak 
  • Tulang 
  • Kelenjer 
  • Kulit Buah Pinggang 

ubat penyakit tibi, penyakit tibi berjangkit, punca penyakit tibi, penyakit tibi tulang, tuberculosis, penyakit tibi kelenjar, penyakit berjangkit, penyakit gout, batuk kering
credit cyber4rt.com

Tanda dan Gejala Penyakit TIBI 
Berikut adalah tanda-tanda dan gejala yang disebabkan oleh penyakit Tibi
  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu 
  • Kahak yang mempunyai darah Demam dan berpeluh biasanya pada sebelah petang dan malam Susut berat badan dan hilang selera makan 
  • Sakit dada apabila batuk atau apabila menarik nafas panjang 
  • Mudah Letih
Cara Jangkitan Kuman TIBI

Kuman Tibi disebarkan melalui udara.Pesakit tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila bersin atau batuk.
Setiap individu yang menyedut udara tercemar terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

Cara Mengesan Penyakit Tibi 

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala Tibi seperti yang dihuraikan diatas maka anda perlu:

  • Melakukan pemeriksaan kahak Menjalani pemeriksaan X-ray di klinik atau hospital terdekat dengan kadar segera. 
Cara Rawatan Tibi DOTS 
Rawatan DOTS (Directly Observed Treatment Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan kaedah yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat pentakit Tibi.

Prinsip-prinsip asas DOTS adalah seperti:

-Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan. 2 bulan pertama pesakit perlu menelan ubat setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh pegawai kesihatan yang dilatih.
-Pada peringkat sanbungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

*dengan rawatan yang sempurna dan teratur pesakit tibi boleh sembuh sepenuhnya.

Pencegahan awal 
Mencegah lebih baik daripada berubat!
  • Dapatkan subtikab BCG bagi: 
-bayi yang baru lahir
 -Murid Sekolah-dari darjah 1 (7 tahun) sekiranga tiada parut di tangan
  • Dapatkan pemeriksaan sekiranya anda batuk berterusan lebih dari 2 minggu 
  • Kontek,iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan. 
Cadangan-cadangan am 
  • Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah anda kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman tibi. 
  • Pastikan rumah anda mempunyai pengudaraan(ventilation) yang sempurna seperti membuka pintu dan tingkap 
  • Amalkan cara hidup yang sihat ambil dan amalkan makanan seimbang 
Kemudahan mengesan dan rawatan Tibi Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit tibi boleh diperolehi secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.