Wednesday, May 1, 2013

Pengambilan Tembakau Tanpa Asap dan Kesannya

Pengambilan Tembakau Tanpa Asap dan Kesannya

Nama tempatan seperti Suntil, Songel, Sinee dll.

Pengambilan tembakau tanpa asap iaitu dikunyah atau disisipkan diantara bibir merupakan 'tradisi' yang dibawa turun temurun oleh pelnagai masyarakat bukan sahaja di Malaysia.

Ketika ini pelbagai gred tembakau tanpa asap yang berada di pasaran. Semakin 'kaw' tembakau tersebut maka semakin mahal dan dikatakan lebih sedap atau 'ada kick'. Menurut si penggunanya ia sama sahaja dengan rokok biasa dimana fungsinya untuk memberi ketenangan serta membuang stress, benarkah?
sigup suntil sinee tembakau credit: trekearth.com

Apakah itu tembakau tanpa asap?

Tembakau tanpa asap adalah tembakau yang diguna dalam bentuk tidak dibakar(berlawanan dengan rokok).

Bagaimana ia digunakan?

Tembakau Kunyah
Tabiat ini diamalkan samada mengunyah tembakau saja atau mengunyah tembakau bersama sireh.

Tembakau Hidu
Tabiat ini diamalkan dimana tembakau dihidu melalui hidung

Tembakau simpan/'dip'
Tabiat ini diamalkan dimana suntil/songel/sinee disimpan di bahagian mukosa pipi atau diantara bibir dan gusi.

Risiko tembakau tanpa asap kepada kesihatan badan.

Resesi Gusi(gusi susut dari gigi)
-ini mendedahkan kepada karies akar dan gigi sensitif. Resesi gusi sukar dipulihkan.

Tompokan putih,merah,benjolan dan luka dalam mulut.
-Jika ini kelihatan pada ruang mulut maka ini adalah tanda-tanda awal kerosakan mukosa mulut yang disebabkan olehkunyahan dan 'dipping'. Tompokan putih (leukoplakia) boleh berubah menjadi kanser mengikut masa manakala tompokan merah (erythroplakia) berpotensi tinggi menjadi kanser.

Kanser Mulut
-Merupakan salah satu daripada kanser yang sukar dirawat malah menular dengan cepat. Pembedahan rawatan adalah meluas dan mencacatkan bentuk. Secara purata hanya 50% pengidap kanser mulut akan hidup lebih lima tahun.

Kanser lain-lain
-Tembakau tanpa asap juga dikaitkan dengan kanser esophagus,laryns, perut dan pankreas.

Darah Tinggi
-Menggunakan suntil akan mengakibatkan penyakit darah tinggi bertambah buruk sebab nikotin membuat saluran pembuluh darah mengecil.

Penyakit jantung
-Nikotin dalam suntil akan meningkatkan risiko serangan jantung akut (tidak cukup oksigen ke jatung). Nikotin juga boleh meningkatkan kenaikan denyutan jantung.

Pengantunggan
-Kuantiti nikotin dalam sinee adalah lebih tinggi dari rokok dan nikotin menyebabkan sejenis bahan ketagih yang boleh menyebabkan penggantungan kepada bahan tersebut.

Ulser
-Kemungkinan tertelan jus tembakau samada sengaja atau tidak dan jika ini berlaku nikotin dalam jus tembakau mengiritasi perut dan menyebabkan ulser (tanda-tanda kanser)

Nafas Berbau
-Bau tembakau menghasilkan satu bau yang kurang menyenangkan kepada orang lain.

Berludah/meleleh air liur
-dengan mengambil songel pengeluaran air liur bertambah dan ini memaksa anda untuk berlusah selalu. Justru itu jangan berludah di premis, restoran,bus stop,kantin,tempat berjogging!...

Karak gigi
-Penggunaan suntil menyebabkan gigi berkarak dan ini tidak dapat dihilangkan dengan memberus gigi. Anda mungkin mengeluarkan kos tambahan untuk memutihkan gigi anda.

Kesan tembakau kepada diet pemakanan
-Penggunaan suntil/songel/sinee akan mengurangkan deria rasa dan deria hidu. Akibatnya pengguna akan mengambil makanan yang lebih masin, manis dan ini jika diambil berlebihan akan membawa kesan kesihatan yang buruk.
Healthy eating is a way of balancing the food you
eat to keep your body in great health. With healthy
eating, you'll have energy all day, get the vitamins
and minerals you need, stay strong for activities
you enjoy, and maintain a healthy weight.



Adakah ia selamat dari merokok?
Anda mungkin fikir ya, tapi fikir semula.
-Sama sekali tidak, kerana kandungan nikotin dalam tembakau tanpa asap adalah lebih tinggi dari rokok dan lebih sukar untuk berhenti menggunakannya.

Simply remember that while you are smoking a cigar, it can be difficult to gauge the smell that others are experiencing. And don't forget that cigar smokes can leave a mighty strong residue on clothing, furniture, and even the walls! In order to enjoy your stogie without a heavy conscience, learn to become a considerate and courteous cigar smoker.


Bolehkah tabiat mengambil tembakau ini dibuang?

Seperti juga merokok, tabiat ini boleh dihentikan. Bak kata pepatah Kalau nak seribu usaha, kalau tak seribu dalih! Betul tu.

Jika anda ingin menghentikannya atau Ibu,Nenek anda berhenti memakan tembakau ini,maka apa yang perlu dilakukan ialah meminta nasihat dari pakar atau doktor.

Doktor boleh membantu anda untuk membuang tabiat ini dengan penggunaan terapi gantian nikotin seperti 'nicotine chewing gum' yang dapaty membantu menghilangkan kesan ketagihan tembakau.




No comments:

Post a Comment