Friday, March 29, 2013

Kerjaya dalam bidang pergigian: Juruteknologi Pergigian

Kerjaya dalam bidang pergigian: Juruteknologi Pergigian

Jawatan kosong Juruteknologi Pergigian

Sekiranya anda berminat dan mempunyai ketangkasan tangan yang baik (good manual dexterity)
dan berkebolehan memperbaiki peralatan elektronik dan eletrik maka anda dipelawa memohon untuk menjalani kursus latihan Juruteknologi Pergigian.

Deskripsi tugas jawatan Juruteknologi Pergigian

Juruteknologi Pergigian mempunyai tanggungjawab seperti;
1.merangka,memproses dan menghasilkan aplians prostetik,ortodontik,maskilofasial dan restoratif.
2.menyelenggara dan memperbaiki alat kelengkapan pergigian.
jawatan juruteknologi pergigian,juruteknologi pergigian,kursus pergigian,klinik pergigian,sekolah latihan pergigian malaysia,pulau pinang
Sekadar Hiasan: Kerjaya dalam bidang Juruteknologi Pergigian

Kelayakan Juruteknologi Pergigian

1.Umur
Calon-calon hendaklah berumur 17 tahun keatas dan tidak melebihi 24 tahun.

2.Jantina
Perempuan atau lelaki dan belum berkahwin(bujang).

3.Kelulusan
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)atau setaraf dengannya serta mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Sains,Matematik dan dua mata pelajaran lain.
Calon yang lulus dalam Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.

4.Fizikal
Tiada kecacatan pancaindera dan anggota tangan.

5.Taraf kerakyatan
Warganegara Malaysia

6.Lantikan melalui: Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).

i.Pembantu Pembedahan Pergigian yang telah disahkan dalam jawatan atau calon-calon dari lain-lain perkhidmatan awam atau badan berkanun.
ii.
Berumur tidak lebih 45 tahun

*Calon-calon yang berjaya akan menjalani latihan selama 3 tahun di Sekolah Latihan Pergigian Malaysia,Pulau Pinang (SLPM) dan pusat latihan amali negeri atau daerah.

Cara Memohon
Borang permohonan boleh diperolehi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Elaun Biasiswa
Pelatih akan diberi elaun biasiswa dan tempat tinggal di asrama yang beryuran

Struktur Kursus
Tempoh Latihan:3 tahun

Tahun 1:
Semester 1 (6 bulan) -Sekolah Latihan Pergigian Malaysia,Pulau Pinang (SLPM)
Teori dan Praktikal-Peperiksaan


Semester 2 (6 bulan) -Sekolah Latihan Pergigian Malaysia,Pulau Pinang (SLPM)
Teori dan Praktikal-Peperiksaan

Tahun 2:
Semester 3 (6 bulan) -Sekolah Latihan Pergigian Malaysia,Pulau Pinang (SLPM)
Teori dan Praktikal /Latihan Klinikal-Peperiksaan

Semester 4 (6 bulan) -Sekolah Latihan Pergigian Malaysia,Pulau Pinang (SLPM)
Teori dan Praktikal /Latihan Klinikal-Peperiksaan


Tahun 3:
Semester 5 (6 Bulan) Pusat Latihan Amali
Teori dan Praktikal/Latihan Klinikal-Peperiksaan

Semester 6 (6 bulan)
3 bulan awal-Pusat Latihan Amali
Teori dan Praktikal /Latihan Klinikal - Peperiksaan Akhir

Peluang Pekerjaan
Jawatan kosong Juruteknologi Pergigian


Pelatih-pelatih yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Juruteknologi Pergigian dan wajib berkhidmat dengan kerajaan selama 5 tahun.

Tangga gaji: Juruteknologi Pergigian akan menikmati tangga gaji Gred U8;P1T6 RM1072.50 (tertakluk kepada perubahan semasa.

Lain-lain faedah
1. Lantikan tetap dan berpencen
2.Pakaian Seragam dan kasut percuma
3.Cuti Tahunan
4.Kemudahan khidmat perubatan dan pergigian percuma
5.Skim Pinjaman Perumahan
6.Latihan dalam perkhidmatan
7.Skim Pembelian Komputer

Penempatan bertugas

Pegawai Juruteknologi Pergigian akan ditempatkan di makmal pergigian di klinik kesihatan kerajaan dan hospital kerajaan.


Prospek Kerjaya

Juruteknologi Pergigian terlatih gred u8 yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat selama 5 tahun layak memohon;
i.Kenaikan pangkat melalui temuduga ke jawatan kanan Gred U7,U6,U5 dan Gred U4 (tertakluk kepada prestasi)
ii.Kenaikan pangkat melalui temuduga sebagai Pengajar di Seklah Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.Perlu menjalani Kursus Pengajar selama 1 tahun akademik di institusi yang ditetapkan.
iii.Kursus Pos-Basik.

Kursus Pro-Basik

i.Kursus Pro-Basik Prostesis Maksilofasial
ii.Kursus Pro-Basik Ortodonatik

Kursus ini dijalankan selama 6 bulan sepenuh masa melalui 5 fasa(Modul) di SLPM dan pusat Latihan Amali (klinik pergigian pakar negeri/daerah).Selepas tamat kursus ini,mereka akan ditempatkan di klinik pergigian pakar yang ditentukan.








Tuesday, June 19, 2012

Awas Susu bayi dicemari Merkuri

Merkuri atau raksa dalam bahasa Yunani disebut Hydrargyrum yang berarti cairan perak. Merkuri ini biasa dilambangkan dengan Hg, sesuai dengan nama Hydrargyrum.
KUALA LUMPUR: Susu rumusan bayi keluaran syarikat Inner Mongolia Yili Industrial Group Co dari China yang dikesan tercemar dengan merkuri tidak diimport ke negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. Beliau berkata ini disahkan melalui data import dari tahun 2010 sehingga kini yang diperoleh melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM). Kedutaan China di Malaysia juga telah mengesahkan bahawa susu rumusan bayi itu tidak dieksport ke Malaysia, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Hasan berkata sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian mengenakan tindakan "Pemeriksaan Tahap Lima Tahan Uji dan Lepas" terhadap susu keluaran syarikat berkenaan sekiranya diimport, berkuatkuasa 15 Jun. Baru-baru ini, beberapa akhbar tempatan dan luar negara melaporkan tentang hasil pemantauan The General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine (AQSIQ) yang mendapati beberapa susu rumusan bayi jenama 'Quan You' keluaran syarikat itu dikesan tercemar dengan merkuri.

Pihak syarikat Inner Mongolia Yili Industrial Group Co. juga mengesahkan bahawa produk terbabit akan ditarik balik daripada pasaran. Secara amnya, Dr Hasan berkata pendedahan kepada merkuri pada kadar yang tinggi boleh memberikan kesan kepada kesihatan iaitu mengganggu sistem saraf dan buah pinggang. Seksyen 13, Akta Makanan 1983 memperuntuk mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan, dianggap melakukan kesalahan, katanya. Beliau berkata jika disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya.

"Pengguna tidak perlu khuatir kerana kementerian sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin. "Sekiranya berasa ragu-ragu dengan status keselamatan susu rumusan bayi di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan kepada kementerian melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat," katanya. Selain itu, pengguna juga boleh membuat laporan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://fsq.moh.gov.my/v3. - BERNAMA
merkuri
Rupabentuk Merkuri seperti dalam filem Terminator
merkuri digunakan dalam penyukat suhu
Merkuri digunakan dalam penyukat suhu
Kesan akut keracunan merkuri :
Pendedahan pengwapan merkuri diudara yang terlalu banyakboleh mengakibatkan keracunan akut .

Gejalanya termasuklah batuk , sesak dada , sukar bernafas dan rengsaperut , ia juga boleh mengakibatkan KEMATIAN .

Kesan kronik keracunan merkuri : Pendedahan apa juga bentuk merkuri yang berulang-ulang boleh menimbulkan gejala seperti berikut :
a)Masalah gusi
b)Perubahan mood dan mental
c)Sistem saraf pusat

Antara kesan-kesan keracunan merkurikepada manusia :

a)Menyebabkan kecacatan pada saraf pusat.
b)Kecacatan berterusan.
c)Mengakibatkan kematian.

Waspada dan sentiasa peka kepada kesihatan keluarga anda.

Sunday, May 13, 2012

Bahaya air minum kepada bayi

Air sememangnya sangat penting kepada kelangsungan hidup manusia. Dalam konteks kesihatan badan manusia dewasa,seseorang perlu mengambil 8 gelas air (masak) sehari. Walaubagaimanapun pemberian air kepada bayi ada bahayanya.  

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Sebelum itu baca ini Khasiat Susu Ibu Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka.

Antara sebab desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air dan sebagainya. Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dan yang menyusu formula(makanan tambahan tin).

Diharapkan maklumat ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air(masak) tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah. Antara keburukan yang dikenalpasti adalah:
01.Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

02.Merencatkan Akal

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

03.Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

04.Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu, beri bayi anda susu ibu sekerapnya.