Sunday, June 5, 2011

Larangan Merokok

MELAKA: Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

"Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Liow berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.

Beliau berkata, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan adalah serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mewartakan 21 tempat yang dilarang merokok seperti hospital, dalam kenderaan awam, institusi pendidikan, kompleks beli belah dan stadium, katanya.

Beliau berkata, tahun ini, kementeriannya melancarkan "perang" terhadap penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetes, serangan jantung dan pelbagai jenis kanser, dimana tabiat merokok adalah faktor penting menyumbang kepada penyakit tersebut.
Katanya, pelaksanaan zon bebas asap rokok itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka yang inginkan udara yang segar tanpa asap rokok.

Mengulas nilai kompaun terhadap kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Liow berkata, antara Januari dan April tahun ini, nilai kompaun yang dikeluarkan ialah hampir RM1 juta dan daripada jumlah itu, sebanyak RM756,988 telah dibayar. - BERNAMA

Saya mengharapkan agar larangan seperti ini diikuti oleh semua negeri-negeri di Malaysia, demi memelihara kesihatan masyarakat Malaysia itu sendiri. Telah terbukti bahawa rokok sememangnya membawa pelbagai penyakit kronik dan juga membawa maut.

Agak mengecewakan bahawa menurut artikel ini Larangan Merokok sudah semakin longgar.

Friday, June 3, 2011

Virus baru E.coli kebal antibiotik

Virus baru E.coli kebal antibiotik.

Hari demi hari pelbagai virus dan bakteria yang muncul dan sukar untuk mencari penawarnya dengan kadar segera. Beberapa tahun lepas kita dikejutkan dengan kematian disebabkan virus seperti JE,Virus Nipah,SARS,H1N1 dan banyak lagi. Ini belum termasuk virus yang berlaku hanya dalam sesebuah negara misalnya Virus Ebola (Virus Kongo).

Mengapa virus-virus ini sangat merbahaya dan membawa maut? Kerana penyakit bawaan virus ini tidak dapat disembuhkan dan hanya boleh dikurangkan kesakitannya sementara.


Disamping itu terdapat juga virus-virus yang biasa namun masih merbahaya kerana sukar diubati dan membawa kematian misalnya HIV, Hepatisis B, Radang Otak dan sebagainya.

Kenapa virus ini boleh membunuh? Kerana sifat mutasinya yang luar biasa sehinggakan tidak dapat dilawan (kekebalan) oleh antibiotik yang sedia ada.

Berbalik kepada virus E.coli tadi, ia bermula di negara Eropah iaitu Jerman. Dikhuatiri bahawa virus ini berpunca daripada sayur-sayuran yang dijangkiti seperti timun,tomato dan salad mentah.

Tanda-tanda terkena virus ini adalah seperti cirit-birit berdarah,kerosakan ginjal dan jangkitan dalam darah.

Pihak WHO (Pertubuhan kesihatan sedunia) sedang giat menjalankan kajian lanjut terhadap virus ini dan mencipta penawarnya.

Dinasihatkan kepada sesiapa yang mengunjungi negara Eropah supaya berhati-hati.

Thursday, February 10, 2011

Bayi dan erti tangisan

Bayi dan erti tangisan
Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.
Tangisan Bayi ada maksud tersendiri

Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.

2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.

Bayi Menangis


Baby Ketawa Terlampau

Bawah ni pula baby ketawa terlampau :) mungkin dia over excited diusik bapanya